Wednesday, July 21, 2010

Rintihan Hati

Siapakah diriku sebenarnya? Aku , Eddie Quah cumalah seorang insan biasa yang lemah. Cukupku sedari yang kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari mengharungi suka dan duka dalam kehidupan.
Aku yang dikenali dengan sikapku yang periang pun kadang kala terasa pilu di hati. Bak kata pepatah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun pun begitu, aku tidak akan membenarkan diriku bersedih dengan terlalu lama. Kehidupan ini ada juga kegembiraan dimana mana sahaja. Adalah teramat bodoh dan membazir sekali sekiranya kehidupan ini disia siakan dengan kesedihan.
Apakah yang ku perlukan sebenarnya? Sudah menjadi lumrah kehidupan dimana manusia ini sememangnya tamak. Aku pun tidak lari daripadanya. Aku mengaku yang ku juga tamak orangnya. Kalau boleh ingin ku tamak segala-galanya dalam kehidupan ini. Inginkan segalanya untuk diriku ini. Tapi, sering kali aku mengingati diriku… gembirakah aku sekiranya aku memiliki segala-galanya??
Diriku eddie quah, mahukan bukan dari segi wang ringgit. Bukan dari segi harta dan kekayaan. Aku cukup gembira dengan diri ku yang hidup dalam keserdehanaan ini. Ku pun berharap yang pada suatu hari nanti, akan ku menjadi kaya… dengan rezeki yang ku peroleh dengan tangan ku sendiri, dengan cara halal. Tetapi kini… pada umurku yang menjangkau 23 tahun, ku masih mempunyai jalan yang amat jauh untuk diteroka. Akanku merealisasikan impianku dengan secepat mungkin dan dengan perancangan yang bernas.
Kini aku, hidup dalam kekurangan. Aku semiskin miskinnya umpama orang yang telah jatuh papa kedana. Bukan dari segi kewangan, bukan dari segi jumlah harta. Tapi ku miskin dan aku dahagakan keyakinan diri serta sokongan. Cukup kabur pandangan mataku terhadap masa hadapanku, meraba dalam kekaburan mencari laluan ku ke masa hadapan yang cerah. Memerlukan panduan yang amat sangat. Tapi… ku percaya yang pada suatu hari nanti… penglihatanku kini akan menjadi beransur baik dan dapatku melihat jalan jalan yang ku akan jalani dengan penuh semangat dan menuju ke kejayaan mutlak. Tapi kini, walaupun dalam kekaburan, ku mempunyai sokongan padu dari ahli keluarga tersayang.
Ayahanda dan bondaku pernah sekali bersua denganku.. “anakku, buatlah apa sahaja asalkan ia dapat diterima oleh hati nuranimu, kami tidak mengharapkan apa apa kekayaan darimu tapi cukuplah sekiranya kamu hidup selamat dan bergembira” … kata kata semangat yang ku terima dari kedua orang tuaku cukup untuk dijadikan bekalan dalam kehidupanku untuk selama lamanya... walaupun sekarang aku dah besar panjang, aku merasa ku masih anak bongsu mereka yang kecil dan manja. Dari bangku sekolah lagi, aku cuma memegang satu ayat ayahku dijadikan pegangan iaitu.. “belajar biarlah bersungguh-sungguh, dan asalkan telah buat yang terbaik, redhalah dengan segala keputusan yang diperoleh dan yang paling penting, jangan sesekali memaksa diri”.
Aku adalah siapa diriku. Eddie tak perlukan orang yang tidak mempercayaiku, tidak menyokongku. Aku mempunyai visi dan hala tujuku sendiri. Aku tak menyalahkan mana mana pihak atas pandangan mereka sendiri. Cuma berharap diriku ini mendapatkan penghormatan yang ku berhak miliki.
Akhir kata, rintihan hati ini bukannya apa, cume satu luahan dalaman yang ku pendam pada diri sendiri setelah sekian lama. Inginku luahkan dan berkongsi bersama di laman blogku ini. Sekian salam sejahtera dan salam satu Malaysia.  

No comments: