Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Hey there you guys out there. Its 31st December 2011 and it’s the last day of the year and tmr will be the entering of the new year 2012. Here by I wish u all readers out there a very wonderful new year 2012 and may the year of 2012 is nothing but fantastic year to all of you,..

Salam Sejahtera, dan salam 1 Malaysia kepada anda semua. Ramai yang mungkin tertanya Tanya kenapa tetiba sahaja penulisan blog ini bertukar kepada bahasa melayu. Seperti biasa, tiada apa-apa sebab yang istimewa, cuma terasa terlalu lama tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk bertulis. Penulisan Blog kali ini adalah untuk memperbincangkan tahun baru 2012 yang bakal tiba tepat pada jam 12 tengah malam nanti.
Eddie pasti, ramai yang sedang khusyuk meraikan ketibaan tahun baru 2012 sama ada dengan ahli keluarga mahupun dengan sahabat handai. Pesta dan parti di merata tempat sememangnya menjadikan ia satu keraikan yang begitu menarik. apa yang ditunggu-tunggukan cumalah detik ‘countdown’ dimana semua akan bersama-sama mengira ketibaan tahun baru 2012 nanti. Yang pasti tempat-tempat yang agak meriah semestinya mempunyai persembahan bunga api apabila jam menunjukkan tepat 12 tengah malam nanti. Eddie berharap agar semua yang berada di luar sana dapatlah menyaksikan serta menghayati bunga-bunga api yang cantik yang dilepaskan ke udara.

Sigh~~ terdapat ramai orang yang akan meraikan ketibaan tahun baru 2012 namun Eddie di sini keseorangan di biliknya sambil menulis Blognya. Bukanlah kerana Eddie kasihan, cuma kini diriku yang berada di kampung halamanku ‘Teluk Intan’ dan sememangnya Bandar kecil ini tidaklah seriuh kalau dibandingkan dengan Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau pun Pulau Pinang. Eddie juga berharap pada masa hadapan, Eddie dapat meraikan ketibaan tahun baru seperti insan yang lain. Kalau boleh, alangkah eloknya kalau dapat meraikannya dengan pasangan tersayang (walaupun kini masih tiada) dimana kami berkucupan sejurus tibanya tahun baru. Wah, alangkah romantisnya dan saya yakin ini akan mendorongkepada aktiviti yang seterusnya (hmm hmm hmm).. apa yang korang pikir??.. aktiviti seterusnya adalah sesi minum minum teh ataupun kopi lah~~ (hahaha)

Tahun 2011 sememangnya berlalu dengan pantas dan ia terasa seperti semalam sahaja dimana tahun 2010 baru berakhir. Inilah hakikatnya, masa memang berlalu sekelip mata sahaja. Tahun ini, banyak perkara yang telah terjadi pada diriku sendiri. Ada yang suka dan ada yang duka. Namun, Eddie terasa bersyukur kerana sekali lagi Eddie selamat mengharungi satu lagi tahun yang begitu bermakna ini. Yang penting, semua yang terjadi mahupun baik atau buruk dijadikan pedoman serta pengajaran dalam hidup Eddie. Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih.

Baiklah, Blog kali ini telah pun sampai ke penghujungnya. Entahlah, terasa bahasa eddie telah merosot setelah sekian lama tidak menggunakannya. Mungkin ianya sudah mula berkarat.haha.. kata akhir dari diriku, selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakan rakan dan semoga ianya adalah satu tahun yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya. CHEERS!!!!!

Happy New Year 2012 To All Of You !!!

No comments: