Monday, February 20, 2012

Keluhan Hati Singkat

Tahun 2012, dan kini sudah memasuki bulan Februari. Masa kian berlalu tanpa henti dan sememangnya tiada tanda-tanda yang ia akan memperlahankan rentaknya.
Keheningan malam kini, sememangnya sunyi. Jam telah menunjukkan 1200 tengah malam dan ianya cukup sunyi. Cuma kesunyian ini sekali-sekala dipecahkan oleh salakan anjing-anjing diluar dan disahut kembali oleh yang lain. Ku memandang ke luar tingkap dan kegelapan sahaja yang ku mampu perhati. Oh.. memang padan… padan dengan perasaan yang ku hadapi kebelakangan ini. Ianya gelap dan sunyi. sekali sekala dapat juga merasakan satu kesejukan dari dalam hati. Nampaknya semuanya adalah tanda-tanda seseorang yang sepi dan keseorangan. Walaupun telah biasa dengan cara hidup demikian, namun terasa juga untuk dikelilingi ahli keluarga dan sahabat setiap masa. Akan tetapi nampaknya ia akan terus menjadi satu impian yang susah dicapai memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Namun, aku tak akan redha dan akanku terus berjuang dan tidak akan berputus asa.
Sepertimana tajuk blogku ini, sememangnya ia adalah satu paparan yang sangat singkat. Aku dapat merasakan bahawa satu perubahan yang positif akan berlaku. Cuma tidak tahu bilakah ianya akan tiba. Dengan harapan serta keazaman yang kuat maka hari tersebut akan tiba tidak lama lagi. berdoalah untuk yang terbaik. :)