Saturday, November 21, 2009

Kehidupan Selepas EXAM~~


Selepas bertungkus-lumus hampir 3 minggu, minggu peperiksaan akhirnya berakhir… dengan segala hormatnya sambil kembang lubang hidung yang peperiksaan akhir semester 1 sesi 2009/2010 telah pun berakhir pada tarikh 19/nov/2009. (jam 11.23am).. dengan kata lain, saya akhirnya bebas dari pembelajaran untuk semester ini.. riangnya hati saya ini…


Peperiksaan kali ini sekali lagi mengambil ratusan nyawa pelajar-pelajar terutama diriku sendiri… kesulitan soalan-soalan sememangnya memberi kerumitan pada diriku.. bukan nak disalahkan pensyarah mahupun pihak lain.. Cuma diri sendiri yang tidak memberikan persediaan 100%. Namun… kebanyakan subjek ku sumpah tidak henti-henti ketika ia berakhir.. Baiklah… peperiksaan akhirnya telah berakhir dan kebanyakan buku-buku telah ku bakar bersama dengan nota-nota yg dibuat sebelum ini.. telahku lama menanti saat begini.. mungkin diantara kamu yang tidak setuju dgn perbuatanku namun (just bare it with me ok?)..ops.. blog kali ini tidak sepatutnya ceritakan tentang peperiksaan.. harap maaf..




Hari-hari tanpa peperiksaan dan pembelajaran sememangnya seperti menjalani kehidupan yang penuh dgn kebebasan. Kehidupan yang umpama tiada kerisauan dan sambil lewa sememangnya enak sekali.. tetapi, kehidupan tanpa exam mahupun kuliah ini cepat dirasakan keBORINGannya… hari-hari dilalui dgn perlahan dan kebosanan diriku kini telah sampai satu tahap dimana saya tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapangku.. shoping bukanlah aktiviti kegemaranku, bersukan pun hanya boleh dilakukan pada sebelah petang, dan online hampir 24jam sehari telah ku muak. selain drpd itu tiada apa yg boleh dilakukan dan hanyalah menanti saat saya pulang ke tanah halamanku tercinta TelukIntan, Perak. Menemui ayahanda dan bondaku serta rakan rakan semua.


Adui!!~~ kebosanan ku ini telah dapat ku rasa 2 hari selepas kertas peperiksaanku yang terakhir. Dirasakan umpama cendawan dan kulat telahpun tumbuh atas kepala. Oleh kerana terlalu bosan, seorang diri ku akan pergi ke kedai mamak pada tengah malam 3 pagi hanya utk segelas teh tarik, pergi ke muzium sabah, menonton tayangan lewat malam, menunggang motorku ke tempat yang agak jauh untuk makan malam serta meronda sekeliling Bandar kota kinabalu.. semua aktiviti ini ku lakukan seorang diri dan walaupun seorang diri, ku dapat jugak mengubati kebosananku ini.. haha..


Apa lagi yang saya boleh lakukan sebenarnya.?? Saya tidak tahu, saya tidak ingin memikirkannya.. Cuma.. diharap semuanya akan berakhir dan semoga cuti semester ku dapat dimanfaatkan sepenuhnya..


Thanks for spending a little of ur precious time to read my lame complains. However. Here I would like to wish all students best of luck with the results.. and happy holiday… UMS.. see u in the next semester,,