Monday, April 20, 2009

FINAL exam?



Salam sejahtera, kali ini, blog saya diceritakan dalam bahasa melayu dan ia sebenarnya tidak mempunyai apa apa alasan yang istimewa untuk tindakan saya ini. Cuma, bahasa inggeris saya tidak begitu bagus dan mungkin saya lebih selesa jika saya berbahasa melayu. Antara kamu semua mungkin tertanya tanya mengapa tidak menulisnya dengan bahasa cina sahaja? Hahaha.. dengan segala kesalnya bahawa saya langsung tidak mengetahui bagaimana untuk bertulis dalam bahasa cina. Menuturnya pun terasa kesulitan yang amat sangat. Tetapi syukurlah, semenjak saya bertapak di universiti sememangnya dialek mandarin saya semakin maju. Sedikit sebanyak adalah jasa rakan rakan saya di university ini. Walaupun saya lebih selesa bertutur dalam dialek kantonis dan hokkien, tetapi kadang kala mandarin juga digunakan memandangkan bahasa cina kini semakin luas penggunaannya. Ok la, terlalu banyak saya merepek. Baiklah, tajuk perbincangan pada kali ini (walaupun hanya blog ke-2) adalah bertajuk ‘peperiksan akhir’.
Oh no.. hanya mendengar tajuknya telah membunuh niat semua pembaca untuk terus membaca keluhan saya ini. Tetapi wahai pembaca semua.. bersabarlah kerana apa yang dibincangkan mungkin dapat membuka suara hati anda semua. Ok… 20 april 2009.. bermulanya detik detik peperiksan akhir di university Malaysia sabah ini. Walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi tetapi kebanyakan bilik bilik di setiap blok kediaman begitu cerah diterangi lampu meja pelajar. Disinilah setiap pelajar menunjukkan sikap yang paling positif iaitu sikap rajin yang tidak pernah ditunjukkan. Haha. Pelajar yang rajin sebelum ini bertambah rajin dan pelajar yang tidak berapa rajin dahulunya tetiba berlagak rajin dan mungkin terlebih rajin sehinggakan kerajinannya mendahului pelajar yang dahulunya rajin.(mungkin confuse sedikit dengan ayatku ini). Mungkin inilah yang dikatakan pembelajaran “last minute” sebelum berdepan dengan peperiksaan. Itulah lumrah pelajar university.. setiap kali menjelang musim peperiksaan, pelajar pelajar universiti seperti mendapat kuasa tertentu entah dari mana.. mereka boleh mengabaikan waktu tidur mereka walaupun tidur adalah salah satu nikmat hidup bagi mereka. Pelajar mampu belajar 3 hari berturut turut tanpa tidur yang mencukupi dan menuju ke dewan peperiksaan dengan semangat. Kemudian belajar lagi dan lagi untuk kertas yang seterusnya. Saya langsung tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh golongan pelajar tersebut. Yang peliknya, saya langsung tidak mendapat kuasa itu sebaliknya kuasa lain yang saya miliki. Sedangkan pelajar lain boleh belajar tanpa berehat, tetapi kuasa yang ku miliki cukup luar biasa. Apabila ku mula belajar, dengan pantasnya mataku terasa letih dan rasa mengantuk boleh dirasakan dengan sekelip mata. Sebaik sahaja muka halaman pertama diselak ku terus menguap. Halaman yang kedua saya telahpun menggosok mata dan tidak sampai halaman yang kelima, ku dapat nampak diriku telah bergolek atas katilku yang empuk dan selesa ditemani bantal bantal ku. Pelik. Terlalu pelik.. kuasa inilah yang ku dapat apabila menjelang peperiksaan. sigh.. kalau inilah yang ku lakukan, tidak tercapailah hasrat ku untuk cemerlang dalam peperiksaan. cukup menyedihkan walaupun saya begitu gembira berbaring atas katilku.
Sebaik sahaja melangkah dalam dewan peperiksaan, para pelajar mula muntahkan segala ilmu yang didapati namun saya hanya mampu melelehkan air liur diatas meja peperiksaan (tidur). tetapi adalah begitu memeranjatkan bahawa saya adalah antara pelajar yang terawal keluar dari dewan peperiksaan. bukan kerana saya telah habis menjawab tetapi saya tidak tahu jawab sehinggakan saya hantarkan kertas yang kosong. Balik ke asrama pun bukannya belajar tetapi tidur adalah aktivitiku. Jadi, disinilah sahaja keluhan saya pada kali ini dan berharap semua rakan rakan saya Berjaya dalam peperiksaan dan dalam kehidupan. Untuk saya sendiri, saya berharap dapat doa dan motivasi dari rakan rakan semua untuk mendapatkan kuasa yang lebih hebat.. hahaha…

Good luck everyone. Happy exam-ing.. :)