Hmm,, again... exams..

Ini dia… sekali lagi ku berceloteh tentang topic terhangat setiap kali hujung semester.. kini adalah semester ke-5 dalam kehidupanku sebagai seorang insan bergelar mahasiswa.. apa lagi, tentang final exam la. Kini, ku tidak lagi bertempat di kolej kediaman dan statusku kini bergelar pelajar ‘non campus resident’. Jadi, tidak dapat ku menjelaskan apa yang terdapat dalam kolej kolej kediaman seperti yang terdapat dalam blog lepas ku.. tidak lagi ku Nampak bilik bilik yang dicerahi lampu lampu meja dimana semua pelajar menunjukkan sikap paling positif iaitu sikap rajin yang melampau. Namun, ku masih berminat berkongsi dengan anda semua tentang apa yang ku rasa ketika masa masa genting begini. Alrite, peperiksaan akhir kian menghampiri dan sebenarnya ia hanya beberapa hari lagi. In fact, there are already some students going thru it now. Anyway, apa yang sebenarnya dibincangkan pada blog kali ini bukan lagi pasal pelajar pelajar lain, ...