Posts

Showing posts from April, 2009

FINAL exam?

Image
Salam sejahtera, kali ini, blog saya diceritakan dalam bahasa melayu dan ia sebenarnya tidak mempunyai apa apa alasan yang istimewa untuk tindakan saya ini. Cuma, bahasa inggeris saya tidak begitu bagus dan mungkin saya lebih selesa jika saya berbahasa melayu. Antara kamu semua mungkin tertanya tanya mengapa tidak menulisnya dengan bahasa cina sahaja? Hahaha.. dengan segala kesalnya bahawa saya langsung tidak mengetahui bagaimana untuk bertulis dalam bahasa cina. Menuturnya pun terasa kesulitan yang amat sangat. Tetapi syukurlah, semenjak saya bertapak di universiti sememangnya dialek mandarin saya semakin maju. Sedikit sebanyak adalah jasa rakan rakan saya di university ini. Walaupun saya lebih selesa bertutur dalam dialek kantonis dan hokkien, tetapi kadang kala mandarin juga digunakan memandangkan bahasa cina kini semakin luas penggunaannya. Ok la, terlalu banyak saya merepek. Baiklah, tajuk perbincangan pada kali ini (walaupun hanya blog ke-2) adalah bertajuk ‘peperiksan akhir’....